Saturday 9 February 2019


Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah sama ada FN + FN, FN + FK, FN + FA atau 
FN + FS.(SPM 2008)

1.  Baju sutera ini untuk ibu.
2.       Kuda putih itu berlari pantas.
3.   Sekolah baharu itu sangat cantik landskapnya.
4.   Tun Abdul Razak Bapa Pembangunan Malaysia.
5.   Penduduk kampung akan bergotong-royong pada hujung minggu ini.
6.       Encik Ramli guru mata pelajaran Bahasa Melayu di SMK Seri  Murni.


Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah sama ada FN + FN, FN + FK, FN + FA atau 
FN + FS. (SPM 2013)

1. Bunga mawar itu untuk cikgu saya sempena sambutan Hari Guru.
2. Tuan Haji Ahmad pengetua di sekolah itu semenjak lima tahun lalu.
3. Kerajaan tidak pernah mengabaikan tanggungjawab dalam membela nasib rakyat.
4. Blok asrama baharu untuk murid-murid lelaki masih dalam proses pembinaan.
5. Penyanyi tersohor itu sangat anggun dan bergaya ketika membuat persembahan.
6. Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu sekolah saya telah menyediakan laporan 
    aktiviti sempena Bulan Bahasa.


Nyatakan pola ayat bagi ayat-ayat di bawah sama ada FN + FN, FN + FK, FN + FA 
atau FN + FS. (SPMU 2017)

1.       Rakyat Malaysia amat bangga akan keindahan alam semula jadi di negara ini.
2.       Anai-anai sejenis serangga perosak dan pemusnah dalam senyap.
3.       Semangat 1Malaysia mengukuhkan perpaduan kaum.














No comments:

Post a Comment