Sunday 24 February 2019

Cakap Ajuk dan Cakap Pindah

Tulis semula petikan di bawah ini dalam bentuk cakap ajuk. Anda dihekendaki mengekalkan susunan isi dalam petikan ini. (SPM 2001)


Kamariah berkata kepada Aziz dan Samad bahawa negara Malaysia memang banyak mempunyai tempat menarik untuk dikunjungi.Pendapatnya itu disokong oleh Samad dengan mengatakan bahawa negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang indah. Aziz pula menyatakan kehairanannya tentang ramai orang Malaysia yang masih suka melancong ke luar negara seperti ke Indonesia, Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah.  Kamariah menyetujui pandangan itu. Samad berpendapat mungkin keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik pelancong tempatan melancong di dalam negeri. Aziz bersetuju dengan pandangan Samad itu.  Kamariah pula mencadangkan  supaya pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan memberi potongan harga istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi pusat percutian mereka. Aziz pula mengatakan bahawa di samping itu, kesedaran rakyat Malaysia tentang  faedah melancong di dalam negeri perlu ditanam dalam diri.  Kamariah dan Samad mengiakan pendapat itu.
[6 markah]



Tulis petikan di bawah ini dalam bentuk cakap ajuk. Anda dihekendaki mengekalkan susunan isi dalam petikan ini.  (SPM 2004)


Sakinah memberitahu Mariam bahawa dia bercadang untuk mengikuti kursus usahawan muda yang dianjurkan oleh kerajaan. Mariam menyokong rancangan Sakinah itu. Seterusnya Mariam menyatakan bahawa Sakinah akan dapat menimba pengetahuan melalui kursus itu.  Sakinah melahirkan hasratnya untuk menjadi usahawan yang terkenal pada suatu hari nanti. Mariam menyatakan keyakinannya bahawa Sakinah mampu untuk mencapai cita-citanya dan mendoakan kejayaannya. Sakinah mengucapkan terima  kasih kepada Mariam.                                                                                                                     [6 markah]


   

Tukar dialog di bawah dalam bentuk cakap pindah. Anda dikehendaki supaya mengekalkan susunan isi dalam dialog tersebut. (SPM U 2010)

Aman :
Hai, Shimah! Sudah lama kita tak jumpa.

Shimah :
Yalah, kali terakhir kita berjumpa ketika hari akhir persekolahan.  
Awak masih belajar atau sudah bekerja?

Aman :
Saya masih belajar di sebuah kolej di Kuala Lumpur dalam jurusan  perakaunan.

Shimah :
Saya pun masih belajar dalam jurusan yang sama.

Aman :
Kalau begitu bolehlah kita bertukar-tukar nota melalui e-mel.

Shimah :
Bagus juga tu, ini alamat e-mel saya.




Tukar dialog di bawah dalam bentuk cakap pindah. Anda dikehendaki supaya mengekalkan susunan
isi dalam dialog tersebut. (SPM U 2014)

Sarina :
Apa yang kamu beli tu?

Fairus :
Jambu batu. Buah ini sangat berkhasiat.

Sarina :
Apa khasiatnya?

Fairus
Jambu batu mengandungi vitamin dan kalium yang berfungsi sebagai agen nyahtoksik yang dapat memelihara kesihatan dan kecantikan kulit.

Sarina :
Kalau begitu, saya akan selalu makan jambu batu.

Fairus :
Baguslah. Nah, ambil dua biji!





Tukarkan cakap ajuk di bawah kepada cakap pindah tanpa mengubah maksud asaknya. (SPMU 2016)

i.              “Bagaimana rancangan kamu yang ingin melancong ke luar negara bersama-sama keluarga kamu pada cuti persekolahan bulan Mac nanti,” Tanya Salleh kepada Othman.

ii.             “Semua pengetua dan guru besar mesti memastikan sekolah masing-masing bersiap sedia untuk memulakan sesi persekolahan pada awal tahun depan,” kata Ketua  Pengarah Pelajaran Malaysia.

iii.           “Syabas, kamu telah memperoleh semua A dalam semua mata pelajaran yang kamu ambil,” ucap Ahmad kepada murid cemerlang sekolah itu.



No comments:

Post a Comment