Tuesday 16 December 2014

Cara menulis nombor dalam penulisan bahasa Melayu


Cara menulis nombor dalam bahasa Melayu

Pengguna bahasa keliru dengan penggunaan angka dalam penulisan. Hal ini demikian kerana kita kurang didedahkan dengan cara menulis angka atau nombor dengan betul. Berikut merupakan beberapa cara menulis angka dalam penulisan bahasa Melayu.

1.       Nombor kurang daripada 10, nombor  tersebut perlu dieja sepenuhnya. 1, 2,3,4,5,6,7,8,9 Contoh :

Di dalam kotak itu ada 3 ekor anak kucing.

(sepatutnya ) Di dalam kotak itu ada tiga ekor anak kucing.

Jika angka tersebut berada di pangkal/ permulaan ayat tetap dieja penuh walaupun lebih daripada 10.

Contoh :
15 orang pelajar ditahan oleh pengawas kerana datang lewat  ke sekolah.
(bukannya) Lima belas orang pelajar ditahan oleh pengawas kerana datang lewat ke sekolah.


2.       Nombor lebih daripada 10, nombor tersebut tidak perlu dieja sepenuhnya, gunakan angka.
12, 36, 101, 1234 dan sebagainya

Contoh :
Satu ratus satu  orang menjadi mangsa banjir kilat yang berlaku di Pantai Dalam petang semalam.
(sepatutnya)101 orang menjadi mangsa banjir kilat yang berlaku di Pantai Dalam petang semalam.

3.       Nombor yang melibatkan tarikh tidak perlu dieja.

3 Disember ini dia akan menyambut hari lahirnya. ( atau)
Malaysia akan menyambut ulang tahun kemerdekaan pada tanggal  31 Ogos ini.

(bukannya) Tiga Disember  ini dia akan menyambut hari lahirnya. (atau)
Malaysia akan menyambut ulang tahun kemerdekaan pada tanggal Tiga Puluh Satu Ogos ini.

4.       Nombor  yang  melibatkan  unit  yang besar seperti ribu, juta, billion dan seterusnya.
12 000, 100 000, 23 000 000

Contoh :
100 000 keping sampul  surat kenang-kenamgan berjaya dijual dalam tempuh dua hari oleh pejabat pos itu.
(sepatutnya) 100 ribu keping sampul surat kenang-kenangan berjaya dijual dalam tempuh empat  hari oleh pejabat pos itu.

Mengikut laporan  The Star, jumlah penduduk Malaysia Tahun 2014 mencecah hampir
30 000 000 orang.
(sepatutnya) Mengikut laporan  The Star, jumlah penduduk Malaysia Tahun 2014 mencecah hampir 30 juta orang.

Diharapkan penulisan ini dapat merungkai kekeliruan tentang cara menulis angka dalam pelbagai bentuk penulisan bahasa Melayu. Insya-Allah, perkara ini akan kita bincangkan lebih lanjut dalam  siaran akan datang.

GC Bahasa Melayu

Saturday 13 December 2014

Latihan 3(a) : SPM 2014

Tuliskan satu ayat bagi setiap rangkai kata di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan, menukarkan atau menggugurkan imbuhan atau menggunakan rangkai kata itu sebagai peribahasa atau kata nama khas.

(i)    putih bersih
(ii)   bersatu hati
(iii)  titik permulaan
(iv)  kenangan manis
(v)   berpandangan jauh
(vi)  menenangkan fikiran
[6 markah]
 

Latihan 3(b) : SPM 2014

Kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi setiap ayat seperti yang berikut.

Subjek    : __________________________
Predikat  : __________________________

(i)   Atlet muda itu telah mengharumkan nama Malaysia dalam Sukan Komanwel.
(ii)  Sejak di bangku sekolah lagi abang terkenal dengan sikapnya yang ringan tulang.
(iii) Penjagaan pelbagai kemudahan yang terdapat di taman rekreasi menjadi tanggungjawab semua
       pihak.
[6 markah]
 
Jawapan :
 
(i)   putih bersih   : putih lagi bersih, putih sekali
       Contoh : Baju yang dicuci oleh ibu putih bersih.
 
(ii)  bersatu hati  : bermuafakat benar, seia sekata
       Contoh : Adik-beradik itu bersatu hati untuk menjaga ibu mereka yang sudah tua itu.
 
(iii) titik permulaan : sesuatu(hal, keadaan, kejadian, kejayaan, pengemukaan, dll) yang menjadi
       punca atau asas untuk mencapai sesuatu yang lebih besar(yang selanjutnya)
       Contoh :  Kejayaan Ali dalam pertandingan Usahawan Muda  itu merupakan titik permulaan
       untuknya  menceburkan diri dalam perniagaan.
 
(iv) kenangan manis : peristiwa menggembirakan yang menjadi ingatan
      Contoh : Kenangan manis saya tahun ini ialah kejayaan mendaki puncak Gunung Kinabalu.
 
(v)  berpandangan jauh : menmpunyai hematan dan kebolehan menjangka yang akan datang atau
       timbul
       Contoh : Untuk memajukan negara, kita memerlukan seorang pemimpin yang berpandangan
       jauh.
 
(vi) menenangkan fikiran : menjadikan fikiran tenang, menenteramkan fikiran (perasaan) yang susah
                                            mengheningkan cipta, bersemadi, bertafakur
       Contoh : Dia suka bersendirian di tepi pantai untuk menenangkan fikiran.
 
Soalan 3(b)
 
(i) Subjek    : atlet muda itu
     Predikat : telah mengharumkan nama Malaysia dalam Sukan Komanwel
 
(ii) Subjek    : abang
      Predikat : terkenal dengan sikapnya yang ringan tulang sejak di bangku sekolah lagi
 
(iii) Subjek   : penjagaan pelbagai kemudahan yang terdapat di taman rekreasi
       Predikat : menjadi tanggungjawab semua pihak


Friday 12 December 2014

Tema Novel Renyah dan Sutera dalam Lukisan

Tema Novel  Renyah dan Sutera dalam Lukisan

Maklumat
Renyah
karya Gunawan Mahmood
Tingkatan 4
Sutera dalam Lukisan
karya Abd.Talib Hassan
Tingkatan 5
 
Tema
Konflik seorang tokoh perniagaan dalam mengharungi kehidupan.
 
Konflik seorang remaja dalam mengharungi kehidupan.
Huraian
Datuk Dolhi menghadapi tekanan dalam perniagaan untuk mencari penggantinya sebelum bersara.
Bujei/ Mohamad Hafiz menghadapi tekanan jiwa setelah mengalami peristiwa hitam dalam kehidupan.
 
Contoh/ bukti :
1.       Anak-anak Datuk Dolhi tidak berminat untuk mewarisi perniagaan kerana ada minat masing-masing. Contohnya Hasnol berminat sebagap Pegawai Tadbir Diplomatik, Mukhlis terlibat dengan dakwah, Amera komited sebagai pendidik, Ilham sebagai pencinta alam sekitar dan Dani berminat dalam bidang seni iaitu sebagai penyanyi.
 
2.       Datuk Dolhi menghadapi konflik dengan rakan niaga iaitu Albert Lee yang mempunyai maksud tersirat untuk mengambil alih syarikat daripada Datuk Dolhi.
 
3.       Konflik dengan Datin Tominah, Datuk Dolhi merahsiahkan perkahwinannya dengan Mastura isteri keduanya dan merahsiahkan anaknya, Wahi daripada pengetahuan Datin Tominah.
 
4.       Konflik dengan anak-anaknya yang terlibat dengan pelbagai masalah yang mencemarkan nama baiknya. Sebagai contoh Hasnol terlibat dengan rasuah, Mukhlis terlibat dengan ajaran sesat, Dani pula terlibat dengan dadah dan Ilham menghasut orang Asli Sarawak menentang aktiviti pembalakan.
 
1.       Konflik kehilangan orang tersayang . Hafiz kehilangan ayah apabila ayahnya terlibat dengan kemalangan maut di Lebuh Raya Karak. Kemudian ibunya, Fatimah pula meninggal dunia dalam tragedi kebakaran rumahnya akibat sifat baran Harun yang menyepak pelita dan akhir sekali kematian neneknya. Peristiwa-peristiwa ini menyebabkan hidup makin tertekan.
 
2.       Konflik dengan bapa tirinya, Harun yang menuduhnya yang menyebabkan kebakaran rumahnya sehingga meragut nyawa ibunya, Fatimah.
 
3.       Konflik dengan orang kampung yang sering memandangnya sebagai tidak siuman dan gila. Contohnya Alias sering membulinya dengan menyuruh terjun ke dalam sungai, memyuruhnya mencuci motosikal tanpa dibayar upah dan sebagainya.
 
4.       Konflik dengan Adila, oleh sebab selalu bertemu dengan Adila, Bujei menaruh hati terhadap Adila namun dia tidak bertepuk sebelah tangan kerana Adila dapat menerima Bujei seadanya.

GC Roslan Kasim
SMK Dang Anum
 
Latihan :
 
1. Berdasarkan satu novel yang anda pelajari, bincangan tema novel tersebut. [7 markah]
2. Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, bincangkan tema kedua-dua boleh novel
    tersebut. [8 markah]
 

 

Sukatan KOMSAS Tingkatan 4 dan Analisis Soalan SPM 2011 - 2014

Bagi calon SPM Tahun 2015, anda juga perlu tahu Sukatan KOMSAS Tingkatan 4 dan Analisis Soalan SPM 2001-2014 supaya anda dapat membuat ulang kaji dengan lebih berfokus. Bagi pelajar Tingkatan 4 Tahun 2015, Sukatan Komsas Tingkatan 4 akan disiarkan apabila sesi persekolahan 2015 dibuka kerana cikgu difahamkan akan ada teks KOMSAS baharu. Tunggu ...

Sukatan KOMSAS Tingkatan 4 dan Analisis  Soalan SPM 2011 - 2014

Antologi Harga Remaja
Soalan
Genre
Tajuk
 
Soalan SPM
2(b) :
Prosa Moden
Cerpen
Ibu dan Ceper
 
Memori Seorang Tua
 SPMU 2014
Israk
SPMN 2013
Pemain Catur
 
Mellisa
 
Biarkan Samudera
 
Drama
Gelanggang Tuk Wali
 
Forum Remaja 2020
SPMN 2014
Cempaka Berdarah
SPMN 2011
2(c) :
Prosa Klasik
 
Prosa Tradisional
Pelayaran Yang Penuh Peristiwa
 
Merah Silu
SPMN 2012
Hikayat Indera Nata
SPMN 2013
Hikayat Khoja Maimun
SPMU 2013
2(d) :
Puisi Tradisional atau
Moden
Puisi Tradisional
Pantun Empat Kerat (Budi)
 
Pantun Empat Kerat (Jenaka dan Sindiran)
 
Syair Definisi Orang Berakal
SPMU 2013
Syair Siti Sianah
 
Gurindam 12 Fasal Yang Keenam
 
Seloka Emak Si Randang
 
Sajak
Harga Remaja
 
Di Perpustakaan
 
Mengintai Ruang Insaf
 
Mahsuri
SPMN 2014
Adat Sezaman
SPMU 2012
Tiba Waktunya
 

Sukatan KOMSAS Tingkatan 5 dan Analisis Soalan SPM 2011 - 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Untuk para pelajar Tingkatan 5 Tahun 2015, berikut cikgu sertakan Sukatan KOMSAS Tingkatan 5 dan Analisis Soalan SPM supaya para pelajar dapat mengunakan cuti yang ada sebaik mungkin untuk membaca dan membuat ulang kaji tajuk-tajuk penting sebagai persediaan menghadapi SPM tahun 2015. Pelajar perlu fokus kepada genre Sastera yang masih belum diuji dalam peperiksaan SPM.

Sukatan KOMSAS Tingkatan 5 dan Analisis  Soalan SPM 2011 - 2014

Antologi Dirgahayu Bahasaku
Soalan
Genre
Tajuk
 
Soalan SPM
2(b) :
Prosa Moden
Cerpen
Pahlawan Buntung
 
Pungut Alias Zahara Alias Yap Siew Hong
SPMU 2012
Idola
 
Penanggungan
 
Hutan Rimba
SPMN 2012
Tanggar Amanat
 
Drama
Tiang Cengal Dinding Sayung
 
1400
 
Dato’ Onn
SPMU 2013
2(c) :
Prosa Klasik
 
Prosa Tradisional
Hikayat Langlang Buana
SPMU 2014
Hikayat Siak
SPMU 2012
Dua Geliga Hikmat
SPMN 2011
Hikayat Opu Daeng Menambun
SPMN 2014
2(d) :
Puisi Tradisional atau
Moden
Puisi Tradisional
Pantun Enam Kerat
SPMN 2011
Pantun Lapan Kerat
 
Syair Makna Riak
 
Syair Pemberontakan Patani
 
Gurindam Tonggak Dua Belas
 
Seloka Si Luncai
SPMU 2014
Sajak
Dirgahayu Bahasaku
SPMN 2013
Kecek –(V)
 
Bangkitlah
SPMN 2012
Pasar Perasaan
 
Di Bawah Langit yang Sama
 
Arkitek Kota