Tema Novel Renyah dan Sutera dalam Lukisan
Maklumat
|
Renyah
karya Gunawan Mahmood
Tingkatan 4
|
Sutera dalam Lukisan
karya Abd.Talib Hassan
Tingkatan 5
|
Tema
|
Konflik seorang
tokoh perniagaan dalam mengharungi kehidupan.
|
Konflik seorang
remaja dalam mengharungi kehidupan.
|
Huraian
|
Datuk Dolhi
menghadapi tekanan dalam perniagaan untuk mencari penggantinya sebelum
bersara.
|
Bujei/ Mohamad
Hafiz menghadapi tekanan jiwa setelah mengalami peristiwa hitam dalam
kehidupan.
|
Contoh/ bukti :
|
1.
Anak-anak Datuk
Dolhi tidak berminat untuk mewarisi perniagaan kerana ada minat
masing-masing. Contohnya Hasnol berminat sebagap Pegawai Tadbir Diplomatik,
Mukhlis terlibat dengan dakwah, Amera komited sebagai pendidik, Ilham sebagai
pencinta alam sekitar dan Dani berminat dalam bidang seni iaitu sebagai
penyanyi.
2.
Datuk Dolhi
menghadapi konflik dengan rakan niaga iaitu Albert Lee yang mempunyai maksud
tersirat untuk mengambil alih syarikat daripada Datuk Dolhi.
3.
Konflik dengan
Datin Tominah, Datuk Dolhi merahsiahkan perkahwinannya dengan Mastura isteri
keduanya dan merahsiahkan anaknya, Wahi daripada pengetahuan Datin Tominah.
4.
Konflik dengan
anak-anaknya yang terlibat dengan pelbagai masalah yang mencemarkan nama
baiknya. Sebagai contoh Hasnol terlibat dengan rasuah, Mukhlis terlibat
dengan ajaran sesat, Dani pula terlibat dengan dadah dan Ilham menghasut
orang Asli Sarawak menentang aktiviti pembalakan.
|
1.
Konflik
kehilangan orang tersayang . Hafiz kehilangan ayah apabila ayahnya terlibat
dengan kemalangan maut di Lebuh Raya Karak. Kemudian ibunya, Fatimah pula
meninggal dunia dalam tragedi kebakaran rumahnya akibat sifat baran Harun
yang menyepak pelita dan akhir sekali kematian neneknya. Peristiwa-peristiwa
ini menyebabkan hidup makin tertekan.
2.
Konflik dengan
bapa tirinya, Harun yang menuduhnya yang menyebabkan kebakaran rumahnya
sehingga meragut nyawa ibunya, Fatimah.
3.
Konflik dengan
orang kampung yang sering memandangnya sebagai tidak siuman dan gila. Contohnya
Alias sering membulinya dengan menyuruh terjun ke dalam sungai, memyuruhnya
mencuci motosikal tanpa dibayar upah dan sebagainya.
4.
Konflik dengan
Adila, oleh sebab selalu bertemu dengan Adila, Bujei menaruh hati terhadap
Adila namun dia tidak bertepuk sebelah tangan kerana Adila dapat menerima
Bujei seadanya.
|
GC Roslan Kasim
SMK Dang Anum
Latihan :
1. Berdasarkan satu novel yang anda pelajari, bincangan tema novel tersebut. [7 markah]
2. Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, bincangkan tema kedua-dua boleh novel
tersebut. [8 markah]
No comments:
Post a Comment