Saturday 13 December 2014

Latihan 3(a) : SPM 2014

Tuliskan satu ayat bagi setiap rangkai kata di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan, menukarkan atau menggugurkan imbuhan atau menggunakan rangkai kata itu sebagai peribahasa atau kata nama khas.

(i)    putih bersih
(ii)   bersatu hati
(iii)  titik permulaan
(iv)  kenangan manis
(v)   berpandangan jauh
(vi)  menenangkan fikiran
[6 markah]
 

Latihan 3(b) : SPM 2014

Kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi setiap ayat seperti yang berikut.

Subjek    : __________________________
Predikat  : __________________________

(i)   Atlet muda itu telah mengharumkan nama Malaysia dalam Sukan Komanwel.
(ii)  Sejak di bangku sekolah lagi abang terkenal dengan sikapnya yang ringan tulang.
(iii) Penjagaan pelbagai kemudahan yang terdapat di taman rekreasi menjadi tanggungjawab semua
       pihak.
[6 markah]
 
Jawapan :
 
(i)   putih bersih   : putih lagi bersih, putih sekali
       Contoh : Baju yang dicuci oleh ibu putih bersih.
 
(ii)  bersatu hati  : bermuafakat benar, seia sekata
       Contoh : Adik-beradik itu bersatu hati untuk menjaga ibu mereka yang sudah tua itu.
 
(iii) titik permulaan : sesuatu(hal, keadaan, kejadian, kejayaan, pengemukaan, dll) yang menjadi
       punca atau asas untuk mencapai sesuatu yang lebih besar(yang selanjutnya)
       Contoh :  Kejayaan Ali dalam pertandingan Usahawan Muda  itu merupakan titik permulaan
       untuknya  menceburkan diri dalam perniagaan.
 
(iv) kenangan manis : peristiwa menggembirakan yang menjadi ingatan
      Contoh : Kenangan manis saya tahun ini ialah kejayaan mendaki puncak Gunung Kinabalu.
 
(v)  berpandangan jauh : menmpunyai hematan dan kebolehan menjangka yang akan datang atau
       timbul
       Contoh : Untuk memajukan negara, kita memerlukan seorang pemimpin yang berpandangan
       jauh.
 
(vi) menenangkan fikiran : menjadikan fikiran tenang, menenteramkan fikiran (perasaan) yang susah
                                            mengheningkan cipta, bersemadi, bertafakur
       Contoh : Dia suka bersendirian di tepi pantai untuk menenangkan fikiran.
 
Soalan 3(b)
 
(i) Subjek    : atlet muda itu
     Predikat : telah mengharumkan nama Malaysia dalam Sukan Komanwel
 
(ii) Subjek    : abang
      Predikat : terkenal dengan sikapnya yang ringan tulang sejak di bangku sekolah lagi
 
(iii) Subjek   : penjagaan pelbagai kemudahan yang terdapat di taman rekreasi
       Predikat : menjadi tanggungjawab semua pihak


9 comments: