Thursday 11 December 2014


Soalan 1 : Rumusan SPM 2014

[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang peranan kaunselor  dan langkah-langkah untuk menggalakkan murid mendapat khidmat kaunselor. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

                Murid-murid pasti sudah biasa mendengar perkataan kaunselor, tetapi sejauh manakah pengetahuan mereka tentang fungsi kaunselor? Ramai murid yang masih kabur tentang fungsi sebenar kaunselor dan kriteria individu yang memerlukan khidmatnya. Sebagai orang yang terlatih, kaunselor melaksanakan tugas berlandaskan pengetahuannya dalam bimbingan dan  kaunseling yang mampu menangani sebahagian masalah sekolah. Antara masalah yang dialami oleh murid ialah tekanan emosi. Dalam hal ini, fungsi kaunselor adalah untuk menolong murid mengenal pasti punca tekanan emosi tersebut, di samping memberikan bimbingan tentang cara menangani masalah yang dihadapi.

                Walau bagaimanapun, kaunselor bukanlah berperanan untuk menyelesaikan masalah seperti tanggapan sesetengah pihak. Perkara ini  perlu difahami oleh setiap murid yang mahu mendapatkan bantuan atau khidmat daripada kaunselor. Kaunselor sebenarnya berperanan untuk memandu murid memahami serta menerima keadaan diri sendiri supaya mereka dapat meningkatkan perlakuan yang baik dan mengurangkan perlakuan yang sebaliknya. Sehubungan dengan itu, murid tidak seharusnya  menganggap bahawa mereka yang berjumpa dengan kaunselor merupakan individu yang bermasalah semata-mata. Tanggapan ini tidak benar sama sekali. Hakikatnya, apabila bertemu dengan kaunselor, murid akan dibantu  untuk menguruskan perkara-perkara yang berkaitan dengan kehidupannya seperti panduan memilih jurusan atau kerjaya yang sesuai dan bukan memberi tumpuan terhadap masalah tertentu sahaja.

                Kaunselor juga dapat membantu murid mengesan dan mengembangkan bakat dan minatnya. Hal ini penting supaya segala tindakan yang bakal dilakukan oleh murid selaras dengan apa-apa yang diingini agar mereka berpeluang membuat perancangan masa depan untuk mencapai matlamat hidup. Pada masa yang sama, kaunselor bertanggungjawab untuk membimbing murid memanfaatkan peluang bagi penyempurnaan kendiri. Pelaksanaan pelbagai program bimbingan dan kaunseling seperti ceramah, kursus dan kem motivasi akan membolehkan kaunselor memahamkan murid tentang hubungan mereka dengan masyarakat sekitar. Dalam hal ini, mereka akan dapat menyesuaikan diri dan berinteraksi secara positif dengan rakan sebaya dan jiran-jiran. Selain itu, kaunselor juga dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri murid melalui sesi kaunseling yang dijalankan. Penyemaian nilai-nilai murni ini akan meningkatkan mutu disiplin murid-murid di sekolah.

                Sesungguhnya, usaha-usaha penambahbaikan perkhidmatan kaunseling wajar dilaksanakan agar khidmat yang diberikan oleh kaunselor mendapat kepercayaan murid. Sikap profesional kaunselor dalam melaksanakan tugas hendaklah menjadi keutamaan demi menaikkan imej perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.

Dipetik dan diubah suai daripada

‘Memanfaatkan Khidmat Kaumselor’

Oleh Nadiah Naufal,

Dewan Siswa, April 2012.

 

 

Soalan 2 (a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i)                 Berikan maksud rangkai kata mendapat kepercayaan.

 [2 markah]

(ii)               Pengarang mengemukakan beberapa tanggapan yang salah tentang khidmat kaunselor
                     di sekolah.

Nyatakan tanggapan-tanggapan yang salah tersebut.

[3 markah]

(iii)             Pada pendapat anda, selain mendapatkan khidmat kaunselor, apakah tindakan-tindakan
                    yang wajar dilakukan oleh murid untuk menangani masalah yang dihadapi oleh mereka?

[4 markah]

 



Jawapan Rumusan SPM 2014

Pendahuluan :

1.       Petikan membincangkan tugas/ tanggungjawab/ fungsi kaunselor di sekolah/ dalam 
        kalangan murid. (2 markah)

2.       Petikan membincangkan  tugas/ tanggungjawab/ fungsi dan beberapa tanggapan yang
        salah tentang kaunselor di sekolah. (2 markah)

3.       Rumusan membincangkan  tugas/ tanggungjawab/ fungsi kaunselor  dan langkah-langkah
        untuk menggalakkan murid mendapat khidmat kaunselor. (2 markah)

4.       Petikan membincangkan tugas/ tanggungjawab/ fungsi kaunselor  di Malaysia/ di negara
        ini. (1 markah)

5.       Petikan membincangkan tugas/ tanggungjawab/ fungsi kaunselor dan langkah-langkah
        untuk menggalakkan murid mendapat khidmat kaunselor. (1 markah)

6.       Petikan membincangkan peranan kounselor. (0 markah)

Isi tersurat { 4 hingga 12 markah]

S1           menolong murid mengenal pasti punca tekanan emosi tersebut

S2           memberikan bimbingan tentang cara menangani masalah yang dihadapi

S3           memandu murid memahami serta menerima keadaan diri

S4           murid akan dibantu  menguruskan perkara-perkara yang berkaitan dengan kehidupannya

S5           membantu murid mengesan dan mengembangkan bakat dan minatnya

S6           membimbing murid memanfaatkan peluang bagi penyempurnaan kendiri

S7           memahamankan murid tentang hubungan mereka dengan masyarakat sekitar

S8           memupuk nilai-nilai murni dalam diri murid

 

Isi tersirat : [4 hingga 12 markah]

 

T1           bilik kaunseling yang kondusif/ selesa/ terbuka

T2           sikap kaunselor yang mesra pelanggan/ baik

T3           kaunselor mudah ditemui untuk sesi bimbingan dan kaunselor/ tambah waktu operasi

T4           mengiklankan/ mempromosikan perkhidmatan kaunseling secara berterusan/ kempen

T5           meminta kerjasama ibu bapa supaya menggalakkan anak-anak berjumpa dengan kaunselor

T6           pihak sekolah memberikan penghargaan/ hadiah/ merit kepada murid yang mendapatkan

                perkhidmatan bimbingan kaunseling

T7           menetapkan jadual murid berjumpa kaunselor/ guru merujukkan murid kepada kaunselor

T8           mengaktifkan aktiviti Kelab Bimbingan dan Kaunseling/ Pembimbing Rakan Sebaya/
                mentor-mentee

T9           membuka talian khidmat Bimbingan dan Kaunseling sekolah/ e-mel/ Khidmat Pesanan
                Ringkas (SMS)

Penutup :

K1           Kesimpulannya, setiap murid digalakkan supaya berjumpa kaunselor agar dapat
              meningkatkan ketrampilan/ keyakinan diri (2 markah)

K2           Kesimpulannya, setiap murid digalakkan supaya berjmpa kaunselor (1 markah)

 

Jawapan 2(a) : Petikan Umum  

(i)                  Maksud rangkai kata mendapat kepercayaan ialah

mendapat
Kepercayaan
Memperoleh/ meraih
Keyakinan / pengiktirafan

 

(ii)              Pengarang mengemukakan beberapa tanggapan yang salah tentang khidmat kaunselor di sekolah. Tanggapan-tanggapan yang salah tersebut ialah :

P1   kaunselor berperanan untuk menyelesaikan masalah

P2   mereka yang berjumpa dengan kaunselor merupakan individu yang bermasalah

semata-mata

P3   kaunselor memberikan tumpuan terhadap masalah tertentu sahaja

 

(iii)            Pada pendapat saya, selain mendapatkan khidmat kaunselor, tindakan-tindakan yang wajar dilakukan oleh murid untuk menangani masalah yang dihadapai oleh mereka ialah:

P1   meminta masihat daripada ibu bapa

P2   meminta nasihat ahli keluarga – datuk/ nenek/ abang/ kakak

P3   mendapatkan pandangan yang baik daripada rakan-rakan

P4   berbincang dengan guru mata pelajaran/ kelas/ mentor

P5   merujuk buku/ internet/ risalah/ ceramah

P6   bersembahyang hajat/ berdoa kepada Tuhan

P7   merujuk masalah kepada imam/ guru agama/ ketua kampung/ doctor

P8   bersukan/ beriadah/ melancong/ bertenang/ bersabar/ menerima dengan rasional/

muhasabah


Untuk soalan (iii) ada 2 cara menjawabnya :

a.       Beri isi yang cukup

b.      Beri isi dan huraian

Contoh :

… meminta nasihat daripada ibu bapa (1 markah untuk isi) kerana ibu bapa lebih memahami kehendak anak-anak berbanding orang lain. (1 markah untuk huraian)

 

 
 
 

 

 

15 comments:

  1. Jawapan bagi setiap latihan akan disiarkan pada setiap hujung minggu. Selamat mencuba ...

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas perkongsian yang sangat bermanfaat..

    ReplyDelete
  3. Boleh saya tanya adakah ini cikgu kerana kalau ini cikgu bolehkah cikgu membantu saya kerana pda thun nii saya sudah tingkatan 5 mohon balas secepat mungkin

    ReplyDelete
  4. Kalau ini cikgu boleh x pm saya

    ReplyDelete
  5. Terima kasih sebab Sama macam soalan cikgu bagi Kat sekolah

    ReplyDelete
  6. bagus web ni siap bagi jawapan

    ReplyDelete
  7. makasih coy. skola dah nak bukak bru saya buat mlm ni! auto puji

    ReplyDelete
  8. Jangan dok tiru.. Smpai bila nk pandai

    ReplyDelete