Saturday 9 February 2019

Jenis-jenis Ayat


*******************************************************************************
Berdasarkan ayat-ayat di bawah , bina ayat Tanya dengan menggunakan kata Tanya yang betul. Kata Tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan rangkai kata yang berhuruf condong dalam ayat-ayat yang diberi. (SPM 2010)

1.       Mereka bersenam petang tadi.
2.       Encik Samad pengurus besar syarikat itu.
3.       Murid itu mendapat pujian kerana kecemerlangannya dalam pelajaran.
4.       Pertandingan akhir Piala Malaysia akan diadakan di Stadium Bukit Jalil.
5.       Kren digunakan dalam pembinaan bangunan 21 tingkat itu.
6.       Negara kita mencapai kemerdekaan melalui rundingan meja bulat.

*********************************************************************************
Kenal pasti jenis-jenis ayat berikut. Nyatakan sama ada ayat tersebut ayat penyata, ayat tanya, ayat seruan atau ayat perintah. (SPM U 2011)

1.       Masyarakat Malaysia terdiri daripada  masyarakat yang pelbagai kaum.
2.       Semua murid diminta supaya berkumpul di dewan sekolah selepas waktu rehat.
3.       Apakah rancangan awak selepas tamat persekolahan nanti?
4.       Janganlah merokok kerana amalan itu membahayakan kesihatan.
5.       Wah, segaknya awak apabila berpakaian seragam pengakap ini!
6.       Semangat patriotik anak-anak perlu dipupuk sejak mereka kecil lagi.

*********************************************************************************
Kenal pasti jenis-jenis ayat berikut. Nyatakan sama ada ayat tersebut ayat penyata, ayat Tanya, ayat seruan atau ayat perintah. (SPM N 2017)


1Pujuklah anak kecil yang menangis itu dengan penuh kasih sayang.
2. Murid yang aktif bersukan juga perlu mengutamakan pencapaian akademik.
3. Ramai ibu bapa yang tidak membenarkan anak mereka menyertai rombongan itu ?
4. Hebatnya perbarisan kontinjen negara kita dalam upacara perasmian Sukan Olimpik itu !
5. Harap semua pihak mengambil iktibar daripada perjuangan tokoh kemerdekaan negara.
6. Pengisytiharan Rukun Negara disempurnakan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-pertuan Agong pada 31 Ogos 1970.

*********************************************************************************










No comments:

Post a Comment