Saturday 23 February 2019

Cerakinkan Ayat

Cerakinkan setiap ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal tanpa mengubah maksud asalnya. (SPM 2006)


i.                    Adakah Encik Amran hendak ke Muzium Negara atau ke Putrajaya?

ii.                  Pendebat itu petah berhujah dan bijak mematahkan hujah lawan.

iii.                Siswazah yang berpandangan jauh tidak mengharapkan kerja makan gaji sahaja.



Cerakinkan ayat majmuk dalam perenggan di bawah kepada enam ayat tanpa mengubah maksud asalnya.  (SPM U 2012)


Seseorang itu mestilah sentiasa menilai dirinya dan cuba membaiki sebarang kelemahan. Walaupun perubahan itu sukar dilaksanakan namun tidak mustahil untuk dicapai. Perubahan itu bukan sahaja bermanfaat kepada dirinya tetapi juga kepada orang lain.


Cerakinkan setiap ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal tanpa mengubah maksud asalnya. (SPM 2015)


i.                 Kuching merupakan ibu negeri Sarawak yang telah diisytiharkan sebagai bandar raya pada 1 Ogos 1988.

ii.               Seorang guru sekolah kami telah menerima anugerah tokoh guru peringkat daerah kerana berjaya melonjakkan prestasi sekolah.

iii.             Penduduk taman perumahan itu membersihkan kawasan kediaman mereka untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes.



No comments:

Post a Comment