Saturday 23 February 2019

Menggabungkan Ayat

Tulis semula ayat-ayat di bawah supaya menjadi tiga ayat sahaja tanpa mengubah maksud dan susunan asal ayat-ayat tersebut (SPM 2002)


Menabung merupakan amalan yang baik. Menabung dapat menjamin masa depan seseorang. Mereka dapat menggunakan wang tabungan itu apabila diperlukan. Tabungan boleh dibuat di bank-bank. Tabung Haji juga menerima tabungan. Tabungan boleh dibuat melalui potongan gaji. Anak-anak patut digalakkan menabung. Ibu bapa boleh menyediakan tabungan. Tabung itu boleh dibeli. Tabung juga boleh dibuat sendiri.



Gabungkan dua ayat tunggal di bawah supaya menjadi satu ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung yang sesuai tanpa mengubah maksud asalnya. (SPM U 2009)


(i)                  Puan Jamaliah bukan guru. Puan Jamaliah kerani.

(ii)                Dia memandang kami. Dia melambai-lambaikan tangannya.

(iii)               Ayah membeli komputer riba. Komputer riba itu sangat ringan.

(iv)              Dia mencapai kejayaan cemerlang. Dia rajin mengulang kaji pelajaran.

(v)                Dato Bahaman pejuang kemerdekaan. Mat Kilau pejuang kemerdekaan.

(vi)              Rumah Pak Ali berbentuk tradisional. Rumah Encik Cheng berbentuk moden.


Gabungkan ayat-ayat di bawah supaya menjadi tiga ayat sahaja dengan menggunakan kata hubung yang sesuai tanpa mengubah maksud dan struktur asalnya. (SPM 2011)


Kemarau ialah bencana alam. Kemarau berpunca daripada cuaca panas. Kemarau berpunca daripada kurangnya hujan. Kemarau menyebabkan tanah kering-kontang. Tumbuh-tumbuhan banyak yang mati. Kegiatan manusia juga terhalang akibat ketiadaan air. Kemarau menyebabkan air terpaksa dicatu. Jabatan Bekalan Air terpaksa menyediakan tangki air di kawasan perumahan. Hal ini dapat mengurangkan masalah yang dihadapi oleh anggota masyarakat.



No comments:

Post a Comment