Cara menulis nombor
dalam bahasa Melayu
Pengguna bahasa keliru dengan
penggunaan angka dalam penulisan. Hal ini demikian kerana kita kurang
didedahkan dengan cara menulis angka atau nombor dengan betul. Berikut
merupakan beberapa cara menulis angka dalam penulisan bahasa Melayu.
1.
Nombor kurang daripada 10, nombor tersebut perlu dieja sepenuhnya. 1, 2,3,4,5,6,7,8,9 Contoh :
Di dalam kotak itu ada 3 ekor anak kucing.
(sepatutnya ) Di dalam kotak itu ada tiga ekor anak kucing.
Jika angka tersebut berada di pangkal/
permulaan ayat tetap dieja penuh walaupun lebih daripada 10.
Contoh :
15
orang pelajar ditahan oleh pengawas kerana datang lewat ke sekolah.
(bukannya) Lima belas orang pelajar ditahan oleh pengawas kerana
datang lewat ke sekolah.
2.
Nombor lebih daripada 10, nombor tersebut
tidak perlu dieja sepenuhnya, gunakan angka.
12, 36, 101, 1234 dan sebagainya
Contoh :
Satu
ratus satu orang menjadi mangsa
banjir kilat yang berlaku di Pantai Dalam petang semalam.
(sepatutnya)101 orang menjadi mangsa banjir kilat yang berlaku di Pantai
Dalam petang semalam.
3.
Nombor yang melibatkan tarikh tidak perlu dieja.
3
Disember ini dia akan menyambut hari lahirnya. ( atau)
Malaysia akan menyambut ulang tahun
kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos ini.
(bukannya) Tiga Disember ini
dia akan menyambut hari lahirnya. (atau)
Malaysia akan menyambut ulang tahun
kemerdekaan pada tanggal Tiga Puluh
Satu Ogos ini.
4.
Nombor yang melibatkan
unit yang besar seperti
ribu, juta, billion dan seterusnya.
12 000, 100 000, 23 000 000
Contoh :
100
000 keping sampul surat kenang-kenamgan
berjaya dijual dalam tempuh dua hari oleh pejabat pos itu.
(sepatutnya) 100 ribu keping sampul surat kenang-kenangan berjaya dijual
dalam tempuh empat hari oleh pejabat pos
itu.
Mengikut laporan The Star, jumlah penduduk Malaysia Tahun 2014
mencecah hampir
30
000 000 orang.
(sepatutnya) Mengikut laporan The Star, jumlah penduduk Malaysia Tahun 2014
mencecah hampir 30 juta orang.
Diharapkan penulisan ini dapat
merungkai kekeliruan tentang cara menulis angka dalam pelbagai bentuk penulisan
bahasa Melayu. Insya-Allah, perkara ini akan kita bincangkan lebih lanjut dalam
siaran akan datang.
GC
Bahasa Melayu